Wednesday 19 November 2014

Arus Yang DiTongkah

Mereka bertanya meengapa aku memilih berjuang di haluan kiri yang penuh dengan ranjau dan kesukaran.... mengapa tidak bertindak mengikut arus kerana disitu jalannya terbentang luas.. Segalanya akan aku dapat sekiraanya aku memilih untuk mengikut arus tetapi aku lepaskan semua itu dan bertindak melawan arus...

Semasa aku memilih untuk melawan arus, ramai sahabat-sahabat datang kepadaku dan bertanya mengapa aku melawan arus, tidak takutkah tenggelam dan karam dipertengahan jalan. Ramai juga sahabat-sahabat yang mengikut arus berjumpaku dan meminta aku menyertai mereka dan batalkan hasrat untuk melawan arus. Namun aku menolak kerana perjuangan aku bukan kerana nama mahupun pangkat. Aku telah melihat pelbagai penyelewengan dalam mengikut arus.

Aku ada agama & aku bukan orang alim ulama yang mempunyai banyak pahala untuk disedekahkan kepada orang ketika hari perhitungan nanti. Organisasi ini menghalang majlis ilmu yang ingin diadakan atas sebab penceramah yang dipanggil adalah haluan kiri. Apakah hak kamu untuk menidakkan majlis tersebut hanya kerana ustaz tersebut berhaluan kiri. Adakah dalam Al-Quran ada membataskan seseorang yang ingin menyebarkan ilmu perlu dihalang kerana latar politiknya. Apakah yang akan kamu jawab dihadapan Allah S.W.T pada hari perhitungan sebab-sebab kamu menghalang majlis ilmu tersebut.

Orgamisasi ini mahu semua duit yang kami kutip disimpan oleh mereka dan mengawal pengeluaran. Apabila wang masuk kepada mereka dan kami ingin mengeluarkannya, mereka memberikan sedikit sahaja dengan pelbagai alasan diberikan. Siapakah kamu ingin mengawal wang yang kami sendiri cari dan kutip untuk kegunaan organisasi kami. duit itu akhirnya lesap tanpa diketahui kemana.

Beginikah cara golongan yang kamu mahu aku ikut, mahu aku terlibat bersubahat bersama. Apa yang aku mahu jawab apabila ditanya oleh-Nya nanti. hanya kerana ingin mengejar pujian, pangkat dan nama di dunia, perkara lain kamu mahu aku lupakan. Aku sanggup melawan arus walau dikutuk dan hina kerana aku bukan siapa-siapa yang mampu menanggung segala ini di hari pembalasan. Kerana inilah aku memilih untuk terus melawan arus sehingga aku keluar daripada sistem ini.